Profil

PENUBUHAN UNIT INTEGRITI 
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


1.    LATAR BELAKANG

Selaras dengan arahan kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 berkaitan mewujudkan Unit Integriti di semua agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun.  MOA telah mewujudkan Unit integriti berkuatkuasa pada 17 Februari 2014 iaitu pada tarikh di mana seorang Pegawai Siasatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu KPKPj Mohamad Fauzi Bin Husin dari Bahagian Operasi Khas, SPRM telah melaporkan diri di MOA.  Beliau ditugaskan mengetuai Unit Integriti MOA selaras dengan arahan Pekeliling tersebut yang menyatakan mana-mana agensi kerajaan dikategorikan berisiko tinggi akan diketuai oleh pegawai SPRM.

Sebagai Ketua Unit Integriti, beliau akan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan menjalankan tugas mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 di samping  kuasa-kuasa di bawah Akta SPRM 2009 dan mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan di dalam Akta tersebut,  Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan Dan Tatatertib) 1993 dan lain-lain peraturan ditetapkan di bawah kementerian dan agensinya. Di samping itu juga, Unit Integriti MOA akan memantau dan menyelaras perjalanan Unit-unit Integriti jabatan/ agensi di bawah MOA agar matlamat penginstitusian integriti di kalangan warga MOA/jabatan/agensi dicapai.

2.    OBJEKTIF

Objektif utama ialah bertanggungjawab melaksanakan pengukuhkan integriti dan  tadbir urus terbaik melalui tindakan menutup ruang dan peluang rasuah, pemantauan dan penyiasatan kes-kes perlanggaran tatatertib ke atas pegawai-pegawai di kementerian dan agensi dibawahnya.

3.   VISI

“Integriti Tonggak Kejayaan Transformasi Pertanian”
         
4.  MISI

Memantapkan integriti warga kementerian agar sentiasa menjunjung dan menegakkan prinsip integriti melalui  tadbir urus terbaik,  budaya kerja berkualiti, akauntabiliti dan meningkatkan keyakinan rakyat melalui  sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.


5.  MOTTO

“Perkasakan Integriti, Jihad Perangi Rasuah”

6.    OBJEKTIF

Bertanggungjawab melaksanakan inisiatif penginstitusian integriti, meningkatkan tadbir urus, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif  dengan lebih fokus, terancang, cekap dan mencapai keberhasilan yang optimum.


7.    FUNGSI UTAMA

Unit Integriti menjalankan enam (6) fungsi utama iaitu;
            
    7.1. Pengukuhan Integriti
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam  organisasi. Melalui pembangunan modal insan berintegriti dan memantapkan budaya berintegriti dan nilai-nilai murni;
  • Memastikan Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan Dan Tatatertib) 1993 dipatuhi khususnya peristihyaran harta, percanggahan kepentingan, salah laku dan sebagainya
    7.2. Tadbir Urus
  • Memastikan pelaksanaan tadbir urus yang terbaik dan efektif dilaksanakan;
  • Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus, mengkaji kelemahan dan penambahbaikan sistem dan prosedur, kawalan sistem, menutup ruang dan peluang rasuah dan salahlaku
  7.3. Pengesanan Dan Pengesahan  
  • Mengesan dan mengesahkan aduan atau maklumat  salahlaku jenayah seperti rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya serta pelanggaran tatakelakuan dan etika  organisasi bagi memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  7.4. Pengurusan Aduan
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/ maklumat mengenai salahlaku jenayah khususnya rasuah  serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
   7.5. Pematuhan
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta sistem dan prosedur kerja yang berkuatkuasa serta mencadangkan penambahbaikan;
  • Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala ke atas pematuhan undang-undang, peraturan dan pelaksanaan projek
    7.6. Pengurusan Tatatertib
  • Memastikan urusan prosedur tatatertib dijalankan dengan adil, cepat dan memberi kesan menyeluruh kepada organisasi;
  • Melaksanakan pemantauan ke atas kes-kes tatatertib bagi mengelakkan berlaku kelewatan siasatan dan prosiding tatatertib bagi memastikan penyiapan kes dalam tempoh sewajarnya.

8.     PIAGAM PELANGGAN
  • Semua maklumat atau aduan berkaitan pelanggaran tatakelakuan dan rasuah diterima dan diproses untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak berkaitan dalam tempoh 2 hari
  • Identiti pemberi maklumat atau pengadu akan dirahsiakan
  • Pengesanan dan pengesahan maklumat atau aduan diterima akan dibuat secara objektif, teliti dan menyeluruh
  • Melaksanakan program atau memberi khidmat nasihat pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah secara menyeluruh dan berkesan
  • Program pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah yang melibatkan program sehari atau lebih akan diuruskan dan dilaksanakan sehingga selesai dalam tempoh 3 minggu.
  • Penyiapan Kertas Tatatertib untuk dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib berkaitan untuk pertimbangan dalam tempoh 3 minggu bergantung kerjasama ketua jabatan, pegawai terlibat dan  dokumen lengkap diperolehi.
  • Pengendalian kes-kes tatatertib dilaksanakan secara teliti dan adil.               
       
UNIT INTEGRITI

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

No comments:

Post a Comment