Program Integriti

Program yang telah dianjurkan dan disertai oleh UNIT INTEGRITI MOA

LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]


_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 23 Jun 2016


Unit Integriti MOA  telah mengadakan Kuliah Dhuha bertempat di Dewan Serbaguna MOA bertajuk “Ramadhan dan Transformasi Diri" yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zarifi daripada JAKIM yang juga merupakan personaliti Tv dan Radio. Seramai 143 Orang peserta menghadiri program ini. 
_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 27 - 28 Mei 2016


Unit Integriti MOA telah mengadakan Program di Ambang Ramadhan selama dua hari sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba. Pelbagai slot diadakan iaitu forum yang bertajuk "Ramadan dan Integriti" yang menampilkan Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre dan Dr. Rubiah serta moderator Ustaz Zakaria. Seterusnya pula ialah slot ceramah yang diisi oleh Ustaz Zaidi (JAKIM), Ustaz Redza (Imam MTMZA), Ustaz Norazman (MAINS) dan Ustaz Redzuan Dollah (JAKIM). Qiyamullail turut diadakan pada sebelah malam. Seramai 112 orang telah menghadiri program ini.    
_______________________________________________________________________________

Sepang, Selangor, 12 - 14 Mei 2016


Unit Integriti MOA telah mengadakan Bengkel Training of Trainer For Corruption Risk Management (TOT for CRM) Siri 2 Bilangan 1/2016 bertempat di Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Sepang Selangor. Bengkel ini bertujuan untuk melatih pegawai menguruskan risiko dan mengatasi isu-isu yang dikenalpasti boleh membuka ruang kepada berlakunya gejala rasuah. Seramai 26 orang peserta yang merupakan kakitangan Unit Integriti di setiap Jabatan dan Agensi di bawah MOA telah menyertai bengkel ini.
_______________________________________________________________________________

Besut, Terengganu, 3 - 5 Mei 2016


Unit Integriti MOA dengan kerjasama ILIM Besut  telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Besut, Terengganu. Seramai 35 Orang peserta menghadiri kursus ini.

_____________________________________________________________________________

Alor Setar, Kedah, 25 April 2016


Unit Integriti MOA dengan kerjasama Lembaga Kamajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan Seminar Pengukuhan Integriti bagi pegawai dan kakitangan MADA bertempat di Dewan Syed Nahar, MADA. Seramai 205 Orang peserta menghadiri kursus ini.

_______________________________________________________________________________

Kundasang, Sabah, 19 - 21 April 2016


Unit Integriti MOA dengan kerjasama ILIM Sabah  telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti bertempat di Institut Latihan Islam Kundasang, Sabah. Seramai 35 Orang peserta menghadiri kursus ini.

_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 15 April 2016



Unit Integriti MOA dengan kerjasama BPSP dan Bank Islam  telah mengadakan Kuliah Dhuha bertempat di Dewan Serbaguna MOA bertajuk “Iman Teras Peribadi Unggul" yang disampaikan oleh Imam Muda Hafiz. Seramai 240 Orang peserta menghadiri program ini.   
_________________________________________________________________
  
LKIM, Puchong, 12 April 2016



Unit Integriti MOA dengan kerjasama LKIM dan TEKUN telah mengadakan Seminar Pengukuhan Integriti bagi pegawai LKIM dan TEKUN bertempat di Auditorium LKIM, Puchong. Terdapat 3 slot ceramah iaitu yang pertama "Rasuah, Disebalik Hikmah Yang Tersurat" telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Ramlan, Mantan Majisteret yang juga bekas banduan yang membincangkan mengenai pengalaman serta memberi nasihat supaya menjauhi amalan rasuah. Slot kedua pula ialah " Integriti Dari Perspektif Islam" disampaikan oleh Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh, Pensyarah Kanan USIM. Manakala  Slot terakhir "Jenayah Rasuah" disampaikan oleh Tuan Mohamad Fauzi bin Husin yang merupakan Ketua Pegawai Integriti di Unit Integriti MOA. Seramai 189 orang peserta dari warga kerja LKIM dan TEKUN menyertai seminar ini.

_________________________________________________________________

Putrajaya, 25 Mac 2016



Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha bertempat di Dewan Serbaguna MOA bertajuk “Kesan Dosa Dalam Kehidupan” yang disampaikan oleh Ustaz Harryanto Rizal Rokman. Seramai  403 orang peserta telah menghadiri  program ini

______________________________________________________________________

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, 3 Mac 2016



Unit Integriti MOA dengan kerjasama JAKIM telah mengadakan Seminar Pengukuhan Integriti bagi kumpulan pengurusan dan profesional bertempat di ILIM Bangi. terdapat 3 slot ceramah yang disampaikan iaitu oleh Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Pensyarah Universiti Malaya yang menyampaikan ceramah bertajuk "Integriti  Menurut Perspektif Islam". Slot kedua iaitu "Rasuah, Disebalik Hikmah Yang Tersurat" diisi oleh Encik Mohd Firdaus bin Ramlan, Mantan Majisteret yang juga bekas banduan yang membincangkankan mengenai pengalaman serta memberi nasihat supaya menjauhi amalan rasuah. Slot terakhir "Jenayah Rasuah" disampaikan oleh Tuan Mohamad Fauzi bin Husin yang merupakan Ketua Pegawai Integriti di Unit Integriti MOA. Seramai 303 orang peserta dari warga kerja MOA, jabatan dan agensi di bawahnya serta JAKIM telah menyertai seminar ini 

_______________________________________________________________________

                                                   Putrajaya, 19 Februari 2016


Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha bertempat di Dewan Serbaguna MOA bertajuk “IS - Ancaman Kepada Akidah dan Keselamatan Negara” yang disampaikan oleh S. S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dari PDRM. Seramai  455 orang peserta telah menghadiri  program ini

_______________________________________________________________________

Putrajaya, 11 Januari 2016


Unit Integriti MOA telah mengadakan satu slot Bicara Integriti sempena Perhimpunan Bulanan Bersama YB Menteri MOA yang disampaikan oleh YBhg. Datin Fatimah Sarian dari YAPEIM bertajuk "Profesion dan Integriti". Seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MOA, jabatan dan agensi di bawahnya hadir mendengar ceramah ini.
_____________________________________________________________________

LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]


No comments:

Post a Comment