Program yang telah dianjurkan dan disertai oleh UNIT INTEGRITI MOA
LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
PUTRAJAYA, 11 Disember 2014
Bertempat di Dewan Serbaguna MOA, sempena Perhimpunan Bulanan Bulan Dis ember 2014, satu majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) telah ditandatangani sebanyak 23 jabatan/agensi/Bahagian di bawah MOA yang disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan wakil Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu YBhg Tan Sri Johan Bin Jaaffar, Pengerusi Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah SPRM. MOA menjadi kementerian pertama yang mana semua jabatan/agensi/bahagian telah menandatangani CIP.
Sebelum ini LPP, MARDI, TEKUN dan AGROBANK telah menandatangani CIP. CIP ditandatangani sebagai komitmen tinggi jabatan/agensi/bahagian MOA kepada meningkatkan integriti dalam tadbir urus dan pencegahan rasuah.
Pada majlis sama, MOA juga telah menyerahkan Pelan Integriti MOA 2014-2018 kepada wakil Ketua Pesuruhjaya SPRM. Penyerahan disempurnakan oleh YB Menteri kepada TKSU(D) Dato’ Raihan bin Sharif mewakili semua ketua-ketua jabatan/agensi/bahagian.
_______________________________________________________________________________
PUTRAJAYA, 18 NOV 2014,
Unit Integriti MOA telah mengadakan Seminar Pemantapan Integriti Siri 2/2014 bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Seramai 265 orang pegawai dan kakitangan pelbagai bahagian/ jabatan/ agensi di bawah MOA menghadiri seminar selama sehari itu. Objektif kursus memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan kepentingan memupuk nilai murni, memperkukuhkan integriti dan pencegahan rasuah di kalangan peserta.
_______________________________________________________________________________
AIR KEROH, MELAKA, 9-11 Dis 2014
Unit Integriti MOA mengadakan Kursus Siasatan Tatatertib Siri 2/2014 melibatkan seramai 34 pegawai dari Unit-unit Integriti jabatan/agensi di bawah MOA. Objektif kursus ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas siasatan tatatertib, meningkatkan kualiti dan mempercepatkan penyelesaian kes-kes tatatertib
_______________________________________________________________________________
PUTRAJAYA, 17 Oktober 2014
Unit Integriti MOA telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Ceramah Agama Integriti bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Ceramah “Isu-isu halal semasa” disampaikan oleh Ustaz Zamri daripada Jakim, Putrajaya. Objektif ceramah ini adalah untuk memberikan info tentang makanan yang halal adalah amat penting untuk umat islam.
NEGERI SEMBILAN, 6 September 2014
Nilai Spring Resort Hotel,: Encik Mohamad Fauzi Bin Husin, Ketua Pegawai Integriti MOA telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pemantapan Integriti Korporat” dalam Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Agrobank sempena Persidangan Pengurus-Pengurus Agrobank 2014 yang dihadiri seramai 250 orang terdiri daripada Pengurusan tertinggi, Ketua-ketua jabatan di ibu pejabat, Pengurus-Pengurus Wilayah dan Pengurus-Pengurus Cawangan Agrobank seluruh Malaysia.
PUTRAJAYA, 9 September 2014
Unit Integriti MOA mengadakan “Seminar Pemantapan Integriti Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Siri 1/2014” bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Objektif seminar ini adalah untuk memantapkan Integriti penjawat awam dan dapat melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang selaras dengan bidang tugas dan Pelan Integriti MOA.
_______________________________________________________________________________
PUTRAJAYA, 6 Jun 2014
Unit Integriti MOA mengadakan Kuliah Dhuha yang dimulakan dengan majlis bacaan yassin dan seterusnya ceramah agama integriti bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Ceramah bertajuk “Kerja Berintegriti, Ibadah Berkualiti” disampaikan oleh Ustaz Haji Hazarudin Bin Baharuddin; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Objektif ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran dan secara langsung menyuntik semangat integriti dalam diri warga MOA.
_______________________________________________________________________________
PUTRAJAYA, 19 Mei 2014
Buat julung kalinya, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dibaca oleh warga MOA bersempena majlis perhimpunan bulanan bersama YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Perhimpunan ini juga turut dihadiri oleh YB. Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
_______________________________________________________________________________
PUTRAJAYA, 6-8 Mei 2014
Unit integriti MOA telah mengadakan Kursus Siasatan Tatatertib siri 1/2014 bertempat di Menara Seri Wilayah, Presint 2. Objektif kurusus ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang teknik-teknik penyiasatan dan pembuktian kes-kes tatatertib dan tatakelakuan serta meningkatkan kualiti dan mempercepatkan kadar penyiapan Kertas Siasatan Tatatertib (KST). Peserta yang hadir adalah merupakan kakitangan unit integriti di setiap jabatan dan agensi di bawah MOA.
_____________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment