Program yang telah dianjurkan dan disertai oleh UNIT INTEGRITI MOA
LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Melaka, 17 – 20 November 2015
Unit Integriti MOA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Bengkel Training of Trainer For Corruption Risk Management (TOT for CRM) bertempat di Mahkota Hotel, Melaka. Seramai 31 orang peserta yang merupakan kakitangan Unit Integriti di setiap Jabatan dan Agensi di bawah MOA telah menyertai bengkel ini.
_______________________________________________________________________
Putrajaya, 17 November 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan Seminar Pemantapan Integriti Siri 1/2015 di Dewan Serbaguna MOA. Topik yang ditekankan ialah Integriti Dalam Islam, Pencegahan Rasuah dan juga slot bersama bekas majisteret yang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan rasuah. Seramai 268 pegawai yang terdiri daripada warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya menyertai seminar sehari ini
_______________________________________________________________________
Putrajaya, 30 Oktober 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha bertempat di Dewan Serbaguna MOA bertajuk “Hijrah Diri” yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf. Program ini telah dihadiri oleh 276 orang peserta yang terdiri dari warga MOA, Jabatan dan Agensi di bawahnya
_______________________________________________________________________
Besut, Terengganu, 7 – 9 Oktober 2015
Unit Integriti MOA dan JAKIM sekali lagi telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti yang bertempat di ILIM Besut. Seramai 35 Orang peserta yang terdiri dari pelbagai jawatan menyertai kursus ini.
_______________________________________________________________________
Putrajaya, 21 September 2015
Unit Integriti MOA dengan kerjasama PPZ (MAIWP) telah mengadakan Forum Integriti di Dewan Serbaguna MOA yang menampilkan ahli panel yang tidak asing lagi dari kaca televisyen iaitu Dato’ Ustaz Badlishah Alaudin, Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff serta moderator Ustaz Zakaria Othman. Forum ini bertajuk “Ibadah Korban Mendidik Jiwa Berintegriti” telah dihadiri seramai 250 orang yang terdiri dari pelbagai jawatan. Disamping itu, satu sesi taklimat berkaitan zakat turut disampaikan oleh wakil PPZ.
_______________________________________________________________________________
Putrajaya, 14 Ogos 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha di Dewan Serbaguna MOA. Ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Kamarul Najam bin Mohd Ghazali dari JAWI yang bertajuk “Titian Qalbu Selepas Ramadhan”. Kuliah Dhuha ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri dari warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya.
_______________________________________________________________________________
Putrajaya, 9 Julai 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan satu slot Bicara Integriti sempena dengan Perhimpunan Bulanan Bersama YB Menteri MOA yang menampilkan Encik Mohd Firdaus bin Ramlan yang merupakan seorang bekas majistret dan juga bekas banduan yang dikenakan hukuman atas kesalahan rasuah. Beliau menceritakan pengalaman dan memberi pengajaran supaya menjauhi amalan rasuah. Seramai 350 orang telah menghadiri majlis ini.
_______________________________________________________________________________
Putrajaya, 5 – 6 Jun 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan Program Di Ambang Ramadhan bertempat di Dewan Serbaguna MOA dan Surau MOA. Pelbagai slot diisi iaitu ceramah agama, tazkirah serta qiammullail. Seramai 75 Orang warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya telah mengikuti program ini.
_______________________________________________________________________________
Cameron Highlands, Pahang, 11 Jun 2015
Unit Integriti MOA dengan kerjasama MARDI telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti Bertempat di MARDI Cameron Highlands. Seramai 58 orang peserta yang terdiri dari kakitangan MARDI menyertai kursus ini.
_______________________________________________________________________________
Putrajaya, 29 Mei 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha di Dewan Serbaguna MOA. Program ini dimulakan dengan majlis bacaan yasin seterusnya ceramah agama yang bertajuk “ Ekstremisme Perosak Akidah” yang disampaikan oleh Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim dari JAKIM. Seramai 190 Orang warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya menyertai program ini.
_______________________________________________________________________________
Besut, Terengganu, 5 – 7 Mei 2015
Unit Integriti MOA dengan kerjasama JAKIM telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Besut. Seramai 39 Orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah MOA menyertai kursus ini.
_______________________________________________________________________________
Putrajaya, 27 Mac 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan Program Bicara Dai’e Selebriti bertajuk “ Keluarga Romantik” yang menampilkan Dr. Nik Salida bersama Shamsul Ghau– Ghau serta moderator Ustaz Zakaria Othman (JAKIM) bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Seramai 326 orang peserta menghadiri program ini yang terdiri daripada warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah MOA serta orang luar.
______________________________________________________________________________
Kundasang, Sabah, 10 - 12 April 2015
Unit Integriti MOA dengan kerjasama JAKIM Sabah telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti di Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah. Seramai 33 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jawatan menyertai kursus ini.
_______________________________________________________________________________
Port Dickson, 22- 24 Mac 2015
Unit Integriti MOA telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti di Institut Latihan FAMA Port Dickson. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana telah mengikuti program ini.
_______________________________________________________________________________
Alor Setar, Kedah, 11 Februari 2015
Unit Integriti bersama Unit Psikologi MOA serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti di Dewan Syed Nahar, MADA. Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kefahaman dan mengurangkan aduan berkaitan pelanggaran integriti dan rasuah. Seramai 154 orang peserta kakitangan MADA yang terdiri dari pelbagai jawatan menyertai kursus ini.
_______________________________________________________________________________
Putrajaya, 30 Januari 2015
Unit Integriti MOA telah Mengadakan Program Kuliah Dhuha yang bertajuk “ Integriti Dalam Kepimpinan Rasulullah” bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat MOA 2015 bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Seramai 310 orang peserta yang merupakan warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah MOA menghadiri program ini
No comments:
Post a Comment