Tuesday, 8 March 2016

PROGRAM INTEGRITI

Program yang telah dianjurkan dan disertai oleh UNIT INTEGRITI MOA

LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]
________________________________________________________________________


Melaka, 17 – 20 November 2015 


Unit Integriti MOA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Bengkel Training of Trainer For Corruption Risk Management (TOT for CRM) bertempat di Mahkota Hotel, Melaka. Seramai 31 orang peserta yang merupakan kakitangan Unit Integriti di setiap Jabatan dan Agensi di bawah MOA telah menyertai bengkel ini.
_______________________________________________________________________

Putrajaya, 17 November 2015


Unit Integriti MOA telah mengadakan Seminar Pemantapan Integriti Siri 1/2015 di Dewan Serbaguna MOA. Topik yang ditekankan ialah Integriti Dalam Islam, Pencegahan Rasuah dan juga slot bersama bekas majisteret yang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan rasuah. Seramai 268 pegawai yang terdiri daripada warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya menyertai seminar sehari ini
_______________________________________________________________________

Putrajaya, 30 Oktober 2015


Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha bertempat di Dewan Serbaguna MOA bertajuk “Hijrah Diri” yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf. Program ini telah dihadiri oleh 276 orang peserta yang terdiri dari warga MOA, Jabatan dan Agensi di bawahnya
_______________________________________________________________________

Besut, Terengganu, 7 – 9 Oktober 2015


Unit Integriti MOA dan JAKIM sekali lagi telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti yang bertempat di ILIM Besut. Seramai 35 Orang peserta yang terdiri dari pelbagai jawatan menyertai kursus ini.
_______________________________________________________________________

Putrajaya, 21 September 2015


Unit Integriti MOA dengan kerjasama PPZ (MAIWP) telah mengadakan Forum Integriti di Dewan Serbaguna MOA yang menampilkan ahli panel yang tidak asing lagi dari kaca televisyen iaitu Dato’ Ustaz Badlishah Alaudin, Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff serta moderator Ustaz Zakaria Othman. Forum ini bertajuk  “Ibadah Korban Mendidik Jiwa Berintegriti” telah dihadiri seramai 250 orang yang terdiri dari pelbagai jawatan. Disamping itu, satu sesi taklimat berkaitan zakat turut disampaikan oleh wakil PPZ.
_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 14 Ogos 2015


Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha di Dewan Serbaguna MOA. Ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Kamarul Najam bin Mohd Ghazali dari JAWI yang bertajuk “Titian Qalbu Selepas Ramadhan”. Kuliah Dhuha ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri dari warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya.
_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 9 Julai 2015 


Unit Integriti MOA telah mengadakan satu slot Bicara Integriti sempena dengan Perhimpunan Bulanan Bersama YB Menteri MOA yang menampilkan Encik Mohd Firdaus bin Ramlan yang merupakan seorang bekas majistret dan juga bekas banduan yang dikenakan hukuman atas kesalahan rasuah. Beliau menceritakan pengalaman dan memberi pengajaran supaya menjauhi amalan rasuah. Seramai 350 orang telah menghadiri majlis ini.

_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 5 – 6 Jun 2015



Unit Integriti MOA telah mengadakan Program Di Ambang Ramadhan bertempat di Dewan Serbaguna MOA dan Surau MOA. Pelbagai slot diisi iaitu ceramah agama, tazkirah serta qiammullail. Seramai 75 Orang warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya telah mengikuti program ini.
_______________________________________________________________________________

Cameron Highlands, Pahang, 11 Jun 2015


Unit Integriti MOA dengan kerjasama MARDI telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti Bertempat di MARDI Cameron Highlands. Seramai 58 orang peserta yang terdiri dari kakitangan MARDI menyertai kursus ini. 
_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 29 Mei 2015



Unit Integriti MOA telah mengadakan Kuliah Dhuha di Dewan Serbaguna MOA. Program ini dimulakan dengan majlis bacaan yasin seterusnya ceramah agama yang bertajuk “ Ekstremisme Perosak Akidah” yang disampaikan oleh Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim dari JAKIM. Seramai 190 Orang warga MOA, jabatan dan agensi di bawahnya menyertai program ini.
_______________________________________________________________________________

Besut, Terengganu, 5 – 7 Mei 2015 


Unit Integriti MOA dengan kerjasama JAKIM telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Besut. Seramai 39 Orang peserta yang terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi di bawah MOA menyertai kursus ini. 

_______________________________________________________________________________

Putrajaya, 27 Mac 2015 



Unit Integriti MOA telah mengadakan Program Bicara Dai’e Selebriti  bertajuk “ Keluarga Romantik”  yang menampilkan Dr. Nik Salida bersama Shamsul Ghau– Ghau serta moderator Ustaz Zakaria Othman (JAKIM) bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Seramai 326 orang peserta menghadiri program ini yang terdiri daripada warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah MOA serta orang luar.

______________________________________________________________________________

Kundasang, Sabah, 10 - 12 April 2015


Unit Integriti MOA dengan kerjasama JAKIM Sabah telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti di Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah. Seramai 33 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jawatan menyertai kursus ini.
_______________________________________________________________________________

Port Dickson, 22- 24 Mac 2015


Unit Integriti MOA telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti  di Institut Latihan FAMA Port Dickson. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana telah mengikuti program ini. 
_______________________________________________________________________________

Alor Setar, Kedah, 11 Februari 2015 


Unit Integriti bersama Unit Psikologi MOA serta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Integriti di Dewan Syed Nahar, MADA. Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kefahaman dan mengurangkan aduan berkaitan pelanggaran integriti dan rasuah. Seramai 154 orang peserta kakitangan MADA yang terdiri dari pelbagai jawatan menyertai kursus ini.

_______________________________________________________________________________

Putrajaya,  30 Januari 2015 


Unit Integriti MOA telah Mengadakan Program Kuliah Dhuha yang bertajuk “ Integriti Dalam Kepimpinan Rasulullah” bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat MOA 2015 bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Seramai 310 orang peserta yang merupakan warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah MOA menghadiri program ini
_____________________________________________________________________

LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]


PROGRAM INTEGRITI

Program yang telah dianjurkan dan disertai oleh UNIT INTEGRITI MOA

LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]
________________________________________________________________________

PUTRAJAYA, 11 Disember 2014

Bertempat di Dewan Serbaguna MOA, sempena Perhimpunan Bulanan Bulan Dis ember 2014, satu majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) telah ditandatangani sebanyak 23 jabatan/agensi/Bahagian di bawah MOA yang disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan wakil Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu YBhg Tan Sri Johan Bin Jaaffar, Pengerusi Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah SPRM MOA  menjadi kementerian pertama yang mana semua jabatan/agensi/bahagian telah menandatangani CIP.

    Sebelum ini LPP, MARDI, TEKUN dan AGROBANK telah menandatangani CIP. CIP ditandatangani sebagai komitmen tinggi jabatan/agensi/bahagian MOA kepada meningkatkan integriti dalam tadbir urus dan pencegahan rasuah.

    Pada majlis sama, MOA juga telah menyerahkan Pelan Integriti MOA 2014-2018 kepada wakil Ketua Pesuruhjaya SPRM. Penyerahan disempurnakan oleh YB Menteri kepada TKSU(D) Dato’ Raihan bin Sharif mewakili semua ketua-ketua jabatan/agensi/bahagian.

_______________________________________________________________________________

PUTRAJAYA, 18 NOV  2014,  


Unit Integriti MOA telah mengadakan Seminar Pemantapan Integriti Siri 2/2014 bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Seramai 265 orang pegawai dan kakitangan pelbagai bahagian/ jabatan/ agensi di bawah MOA menghadiri seminar selama sehari itu. Objektif kursus memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan kepentingan memupuk nilai murni, memperkukuhkan integriti dan pencegahan rasuah di kalangan peserta.

_______________________________________________________________________________

AIR KEROH, MELAKA, 9-11 Dis 2014 


Unit Integriti MOA mengadakan Kursus Siasatan Tatatertib Siri 2/2014 melibatkan seramai 34 pegawai dari Unit-unit Integriti jabatan/agensi di bawah MOA. Objektif kursus ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas siasatan tatatertib, meningkatkan kualiti  dan mempercepatkan penyelesaian kes-kes tatatertib
_______________________________________________________________________________

PUTRAJAYA, 17 Oktober 2014


Unit Integriti MOA telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Ceramah Agama Integriti bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Ceramah “Isu-isu halal semasa” disampaikan oleh Ustaz Zamri daripada Jakim, Putrajaya. Objektif ceramah ini adalah untuk  memberikan  info tentang makanan yang halal adalah amat penting untuk umat islam.


_______________________________________________________________________________

NEGERI SEMBILAN, 6 September 2014

Nilai Spring Resort Hotel,: Encik Mohamad Fauzi Bin Husin, Ketua Pegawai Integriti MOA telah menyampaikan ceramah bertajuk  “Pemantapan Integriti Korporat” dalam Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Agrobank sempena Persidangan Pengurus-Pengurus Agrobank 2014 yang dihadiri seramai 250 orang terdiri daripada Pengurusan tertinggi, Ketua-ketua jabatan di ibu pejabat, Pengurus-Pengurus Wilayah dan Pengurus-Pengurus Cawangan Agrobank seluruh Malaysia.
_______________________________________________________________________________

PUTRAJAYA, 9 September 2014



Unit Integriti MOA mengadakan “Seminar  Pemantapan Integriti  Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Siri 1/2014” bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Objektif seminar ini adalah untuk memantapkan Integriti penjawat awam dan dapat melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang selaras dengan bidang tugas dan Pelan Integriti MOA.
_______________________________________________________________________________

PUTRAJAYA, 6 Jun 2014


Unit Integriti MOA mengadakan Kuliah Dhuha yang dimulakan dengan majlis bacaan yassin dan seterusnya ceramah agama integriti bertempat di Dewan Serbaguna MOA. Ceramah bertajuk “Kerja Berintegriti, Ibadah Berkualiti” disampaikan oleh Ustaz Haji Hazarudin Bin Baharuddin; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Objektif ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran dan secara langsung menyuntik semangat integriti dalam diri warga MOA.
_______________________________________________________________________________

PUTRAJAYA, 19 Mei 2014


Buat julung kalinya, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam dibaca oleh warga MOA bersempena majlis perhimpunan bulanan bersama YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Perhimpunan ini juga turut dihadiri oleh YB. Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
_______________________________________________________________________________

PUTRAJAYA, 6-8 Mei 2014


Unit integriti MOA telah mengadakan Kursus Siasatan Tatatertib siri 1/2014 bertempat di Menara Seri Wilayah, Presint 2. Objektif kurusus ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang teknik-teknik penyiasatan dan pembuktian kes-kes tatatertib dan tatakelakuan serta meningkatkan kualiti dan mempercepatkan kadar penyiapan Kertas Siasatan Tatatertib (KST). Peserta yang hadir adalah merupakan kakitangan unit integriti di setiap jabatan dan agensi di bawah MOA.
_____________________________________________________________________

LIHAT TAHUN : [2016] [2015] [2014]

SOAL JAWAB BERKAITAN PENERIMAAN/ PEMBERIAN HADIAH OLEH PEGAWAI BADAN AWAM


( Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian Unit Integriti MOA: 03-88701787 atau E-Mel kepada integriti@moa.gov.my )



1. Apakah yang dimaksudkan hadiah?
Bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1998 ( PP 3/1998 ), hadiah termasuklah wang, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa benda yang bernilai yang diberi kepada diterima pegawai itu. ( Rujuk Para 4 - PP 3/1998 ). Dalam pengertian “Suapan” di bawah Seksyen 3, Akta SPRM 2009 pula, hadiah diterima termasuk kesalahan rasuah sekiranya penerimaan itu dengan niat sebagai dorongan atau balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan tugas rasmi pegawai awam itu.

2. Adakah penerimaan atau pemberian hamper yang kecil nilainya di anggap rasuah?
Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan ( termasuk pegawai badan awam dan swasta) menerima atau memberi hadiah sebagai balasan bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. ( Rujuk Para 12 – PP 3/1998 dan Akta SPRM 2009).

3. Bolehkan pegawai badan awam menerima hadiah dalam musim perayaan?
Pegawai badan awam ( termasuk pegawai kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun, GLC) tidak boleh menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, Limau Mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. ( Rujuk Para 5 PP 3/1998 )

4. Bolehkah seorang pegawai badan awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya ?
Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi makdsud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A- PP 3/98. Walau bagaimanapun jika nilainya melebihi RM 500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. ( Rujuk Para 7 PP 3/1998 ) Sekiranya pegawai badan awam masih ragu-ragu maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan. ( Rujuk Para 8 PP 3/1998 )

5. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hadiah seperti hamper atau jambangan bunga diletakkan di atas meja pegawai atau di rumah di mana pemberinya tidak diketahui ?
Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. ( Rujuk Para 6 PP 3/1998 )

6. Bolehkah pegawai badan awam menerima hadiah seperti duit raya, hamper dan Ang Pow semasa Majlis Rasmi ?
Merujuk Kepada Perkara 8(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Tatakelakuan dan Tatatertib ) 1993 , pegawai badan awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya. Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran.( Rujuk Para 9 PP 3/1998 )

7. Bagaimana sekiranya nilai hadiah yang diterima kurang RM 100.00?
Jika nilainya kurang RM 100.00 perlu lapor tanpa kebenaran melalui lampiran B. ( Rujuk Para 10, 11 PP 3/1998 ). Hadiah itu pula nilai kurang dari RM100.00 berbentuk lencana atau barang kraftangan atau apa-apa bentuk bahan bercetak dihasilkan sendiri oleh jabatan bertujuan promosi jabatan; atau dalam bentuk barang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan, kuih-muih, bunga dan sebagainya. Walau bagaimanapun dengan syarat pegawai badan awam itu sukar menolak pemberian itu kerana akan memalukan sipemberi atau menimbulkan keadaan serba salah seperti di majlis rasmi, seminar atau kursus di mana pihak penganjur tidak memaklumkan pemberian hadiah terlebih dulu ; atau semasa jalankan tugas rasmi di kampung, pemimpin masyarakat memberi buah-buahan, makanan atau hasil kerja tangan penduduk.

8. Sebuah syarikat swasta telah diberi tender membekal peralatan pejabat kepada Jabatan Kerajaan. Bolehkah jabatan terlibat menerima sumbangan berbentuk hadiah untuk meraikan Hari Keluarga jabatan?
Ketua Jabatan mempunyai syarat-syarat tertentu untuk memberikan kebenaran seperti Lampiran C PP 3/1998. Memandangkan Jabatan Kerajaan berkenaan telah menerimanya dan merasa ragu-ragu untuk diterima, maka penerimanya wajar melaporkan kepada Ketua Jabatanya secara bertulis untuk kelulusan. Sekiranya Ketua Jabatanya juga dalam makluman, maka ia perlu merujuk kepada pengurusan tertingginya untuk kebenaran. ( Rujuk Para 6 PP 3/1998 ) Sekiranya nilai sumbangan tiap-tiap satu hadiah nilai kurang RM 10,000.00 kebenaran daripada Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal. Jika tiap-tiap satu hadiah bernilai RM 10,000.00Kebenaran Perbendaharaan. Tertakluk kepada Lampiran D PP 3/1998. (Rujuk Para 18 PP 3/1998 )

9. Seorang pegawai awam menerima jemputan bagi Majlis Berbuka Puasa dari sebuah Hotel. Bolehkah dia hadir?
Sekiranya tidak mempunyai urusan rasmi pegawai berkenaan boleh hadir. Walau bagaimanapun sekiranya pegawai atau jabatan mempunyai urusan rasmi jabatan wajar dirujuk kepada Ketua Jabatan untuk kebenaran agar tidak menimbulkan tohamahan. Dalam kes ini, ianya berbentuk keraian dan bukan hadiah. (Rujuk Para 14 PP 3/1998 )

10. Bolehkah Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan meminta dan menerima apa-apa sumbangan berupa barangan atau wang ringgit daripada luar yang tiada hubungan rasmi ?
Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta. Ia perlu melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan sumbangan atau peruntukan masing-masing. ( Rujuk Para 21 PP 3/1998 )

11. Bolehkah sumbangan yang berbentuk cenderamata diberikan penceramah seorang penjawat awam ?
Boleh diberikan tetapi tidak digalakkan. Sekiranya hendak memberi disediakan berbentuk plaque yang tidak mahal, pennat, barangan kraftangan jabatan atau bahan cetak jabatan. ( Rujuk Para 20 PP 3/1998 )

12. Seorang pegawai kerajaan telah menerima wang tunai bernilai RM500.00 dalam Musim Perayaan daripada individu yang sering berurusan rasmi dengan jabatan dan dalam keadaan yang sukar ditolak. Beliau kemudian melaporkan kepada Ketua Jabatannya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatannya?
Tindakan pegawai kerajaan berkenaan adalah bertepatan dengan Peruntukan PP 3/1998 dan Akta SPRM 2009. Dari segi tindakan Ketua Jabatan beliau perlulah memikirnya dari segi kepentingan jabatan keseluruhannya. Memandangkan penerimaan wang itu ada unsur rasuah kerana melibatkan tugas rasmi dan nilainya tidak sepadan, maka Ketua Jabatan hendaklah mengarahkan pegawai itu memulangkan kembali kepada sipemberi.

13. Bolehkah seorang Pegawai Badan Berkanun menerima hadiah berbentuk hamper daripada seorang individu yang sering berurusan rasmi pejabatnya ?
Pihak Badan Berkanun juga tertakluk kepada PP 3/1998. Ianya tidak boleh diterima kerana berkaitan tugas rasmi dan dalam keadaan sukar ditolak perlu melaporkan kepada Ketua Jabatannya. Ketua Jabatan bolehlah mengarahkan pegawai itu memulangkan kembali kepada sipemberi.

14. Bolehkah pegawai badan awam menerima tambang tiket penerbangan percuma yang ada kaitan dengan tugas rasmi ?
Tidak boleh kerana menjurus kepada kesalahan jenayah rasuah di mana sebagai balasan bagi melaksanakan tugas rasmi yang telah diberikan. ( Rujuk Para 12 PP 3/1998, Sek. 165 Kanun Keseksaan dan Akta SPRM 2009)

15. Bolehkah hadiah diberikan kepada ahli politik oleh sesebuah Jabatan Kerajaan?
Boleh. Hendak disediakan berbentuk plaque yang tidak mahal, pennat, barangan kraftangan jabatan atau bahan cetak jabatan. ( Rujuk Para 20 PP 3/1998 )

16. Bolehkah Jabatan Kerajaan menerima sumbangan daripada peruntukan Wakil Rakyat untuk sesuatu program yang dibuat secara Perkongsian Bistari ?
Boleh diterima tetapi mesti dengan kebenaran pihak pengurusan tertinggi seperti KSU/ Ketua Jabatan. Ianya secara tidak langsung bertujuan mencapai matlamat yang sama oleh Jabatan dan Wakil Rakyat. (Rujuk Para 18 PP 3/1998 )

17. Bolehkah pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memberikan sumbangan hamper kepada pihak Jabatan Kerajaan sempena musim Perayaan untuk menjalinkan hubungan dengan pelanggannya ?
Pihak GLC mungkin mempunyai polisinya tersendiri tentang pemberian atau penerimaan hadiah. Walau bagaimanapun sekiranya pemberiaan ini mempunyai niat jenayah sebagai mendapat tender dan sebagainya maka ianya menjadi kesalahan rasuah.

18. Bagaimana sekiranya pihak GLC memberi hadiah itu kepada pihak swasta sebagai mengeratkan perhubungan pelangganya?
Ianya bergantung kepada polisi syarikat GLC dan swasta berkenaan. Walau bagaimanapun jika mempunyai niat jenayah rasuah, ianya menjadi kesalahan di bawah Akta SSPRM 2009.

19. Bolehkah GLC menerima hadiah daripada individu atau syarikat swasta?
Ianya bergantung kepada polisi GLC. Walau bagaimanapun jika mempunyai niat jenayah rasuah, ianya menjadi kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

20. Bolehkan pihak GLC memberikan sumbangan kepada Jabatan Kerajaan sebagai promosi kepada produk atau perkhidmatannya ?
Ianya bergantung kepada polisi GLC. Walau bagaimanapun jika mempunyai niat jenayah rasuah, ianya menjadi kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.





SOALAN LAZIM BERKAITAN RASUAH


(Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-8886 7000 / 1-800-88-6000)

1. Apakah SPRM dan bagaimanakah SPRM ditubuhkan?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tunggak utama dalam inisiatif anti-rasuah di Malaysia. SPRM telah ditubuhkan pada Januari 2009, menggantikan agensi sebelumnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang baru digubal iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.          
Peranan SPRM secara umumnya adalah untuk membasmi rasuah merangkumi menerima/menberi rasuah, tuntutan palsu dan salahguna jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan rasuah di Malaysia dengan fungsi yang berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam melaksanakan tugasnya.

2. Apakah itu rasuah?

Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Sebagai contoh, 
seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai Kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.    

3. Jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?

Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
a.    Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
b.    Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
c.    Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
d.    Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

4. Apakah kesalahan Meminta/Menerima rasuah? Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

CONTOH: 
YDP Majlis Perbandaran dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek pembangunan perumahan di Padang Besar, Perlis seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan perjalanan projek tersebut.
Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai bernilai RM30,000.00, dan satu golf set jenis ”Mizuno” berharga RM2,500.00 yang diterima daripada kontraktor.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda berjumlah RM1.925 juta

5. Apakah kesalahan Memberi suapan?

Mana-mana orang secara rasuah menawar/memberi satu suapan kepada pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal pegawai awam tersebut. 

CONTOH: 
Sibu - Seorang kontraktor dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara dan denda RM25,000 kerana memberi rasuah berjumlah RM1,500 kepada Pegawai Pengurusan Perhutanan, Sandum Hitam. Rasuah itu diberi supaya Sandum mempercepatkan proses permohonan “Permit To Enter Coupe”. Kesalahan dilakukan di pejabat Perhutanan Kawasan Daerah Sibu.        

6. Apakah kesalahan mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]

Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai butiran matan palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipal (pejabatnya).

CONTOH: 
SHAH ALAM - Bekas Dekan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tertuduh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600 pada sekitar tahun 1999. 
Tertuduh didakwa membuat perakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan.       
Hakim turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan,  atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.        

7. Apakah kesalahan Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

8. Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah?

Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.         

CONTOH: 
Jika A menerima rasuah sebanyak RM5,000. Maka hukumannya penjara dan dendan sebanyak RM25,000 (RM5,000 x 5).          
Jika B menerima rasuah sebanyak RM1,000. Maka hukumannya adalah penjara dan denda RM10,000 (Ini kerana RM1,000 x 5 hanya bersamaan RM5,000. Oleh itu, diambil nilai RM10,000 iaitu nilai minimum bagi denda)

9. Adakah suapan rasuah hanya berbentuk wang sahaja?

Suapan rasuah boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan (seperti seks), jawatan, upah, diskaun, pinjaman dan sebagainya.

10. Di dalam pemilihan melalui tender, adalah jelas tentang peraturan pengisytiharan dan keluar daripada mesyuarat pemilihan jika seseorang pegawai yang terlibat itu mempunyai kepentingan. Bagaimana pula dengan masalah pemilihan melalui proses sebutharga?

Di dalam pemilihan melalui sebutharga, peraturan-peraturan seperti dalam pemilihan tender juga perlu dipatuhi. Sekiranya seseorang pegawai itu mengetahui bahawa ada sebutharga yang dikemukakan kepadanya adalah terdiri dari orang yang mempunyai kepentingan dengannya, maka hendaklah beliau mengisytiharkan diri dan membiarkan keputusan pemilihan dilakukan oleh orang lain.

11. Apakah punca utama penjawat awam mengambil rasuah? Adakah disebabkan gaji yang kecil atau sebaliknya.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya ada menjalankan kajian terhadap perlakuan rasuah di kalangan penjawat awam. Kajian mendapati punca pendapatan atau penetapan tangga gaji yang kecil dan rendah bukannya punca utama atau satu-satunya punca mengapa penjawat awam mengambil rasuah.
Di antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam adalah kecenderungan mereka untuk:-       

a.    mempunyai gaya hidup di luar kemampuan,   
b.    sikap tamak dan haloba,
c.    wujudnya ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan rasuah,    
d.    tahap integriti yang rendah di kalangan pegawai terbabit.