APA ITU INTEGRITI?
Sering kali kita mendengar orang menyebut integriti dan boleh dikatakan saban hari juga ungkapan ini terbit dari bibir si penutur atau paling tidak, kita akan menemuinya ketika sedang membaca surat khabar, majalah, buku dan bahan bacaan ilmiah lain. Malah di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti dalam kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam, swasta atau dalam kalangan ahli politik.
Apakah yang dimaksudkan atau boleh difahami dengan integriti?. Apakah istilah ini mencerminkan sifat atau berkait rapat dengan keperibadian seseorang?. Mengikut kamus dwibahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 1985 ialah “kejujuran dan ketulusan”, kesempurnaan, ‘keutuhan’. Ini bermaksud integriti adalah sifat “jati diri” yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain.
Secara ringkasnya, integriti ada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti organisasi. Integriti individu merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Ini bermakna, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.
Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).
Mengapa integriti ini sukar dicapai? Bagaimanakah pula seseorang dikatakan berintegriti dan tidak berintegriti?. Perlukah integriti dicari atau membiarkannya datang bergolek sendiri dan bagaimana ia meresap ke dalam diri serta membentuk sifat jati diri yang teguh?. Lazimnya kita mudah membuat pengukuran mengenai tahap integriti seseorang berdasarkan perwatakan dan apa yang dilakukannya sama ada bersifat baik yang menyenangkan atau buruk lagi menjengkelkan.
Di kesempatan yang terhad ini, saya ingin kongsikan bersama isu-isu mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada penjawat awam di negara ini. Kita sering mendengar bagaimana segelintir penjawat awam meminta atau menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender atau sebut harga, rasuah untuk memotong giliran, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.
Sebenarnya, isu integriti bukan sahaja masalah rasuah sebaliknya tatakelakuan melibatkan isu-isu nilai, etika dan pegangan agama seseorang. Kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah lemahnya integriti. Tidak perlu untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini atau di jabatan tertentu. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti dalam kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri.
Dalam tempoh waktu pejabat, berapa jam kita gunakan untuk urusan peribadi seperti bersembang di kantin, di pejabat atau keluar pejabat untuk urusan peribadi seperti ke bank, pasar tani, menggunakan telefon pejabat untuk urusan peribadi, membawa balik kertas atau pen pejabat, mengambil anak dari tadika dan pelbagai lagi. Ada ketikanya sewaktu di pejabat pula hampir setiap hari kita leka dengan urusan peribadi seperti bersembang di kantin, di pejabat atau keluar pejabat untuk urusan peribadi seperti ke bank, pasar tani, menggunakan telefon pejabat untuk urusan peribadi, membawa balik kertas atau pen pejabat, mengambil anak dari tadika dan pelbagai lagi. Ada ketikanya sewaktu di pejabat pula hampir setiap hari kita leka dengan telefon bimbit ditangan dengan WhatsApp atau layari internet dalam waktu pejabat. Seolah-olah duduk di atas kerusi sedang buat kerja tetapi sebaliknya buat kerja peribadi yang melalaikan. Lebih ketara jika ketua pejabat bercuti atau ada tugasan di luar. Malah kita cukup berkira atau merunggut jika ketua mengarahkan kerja perlu disiapkan segera atau kerja lebih masa selepas tamat waktu bertugas, walaupun sekadar lebih 30 minit atau sejam sahaja. Ada ketikanya kita membuat kerja secara sambil lewa, cincai, kerja sepatutnya disiapkan pada hari sama, kita tangguh dan sambung keesokan harinya.
Begitu juga dengan gelagat segelintir ketua jabatan atau pegawai kanan yang tidak kurang hebatnya dengan alasan bertugas rasmi di luar tetapi urusan peribadi, tidak menyelia tugas pegawai bawahan atau bersikap lepas tangan, tidak mengambil tindakan tegas ke atas pegawai bermasalah, salahguna kemudahan pejabat dan kenderaan jabatan, mengambil kesempatan mengarahkan pegawai bawahan untuk urusan peribadi dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sekiranya beliau seorang Muslim, ia tidak dapat lari daripada penghayatan dan ketaatan kepada ajaran islam. Kepatuhan demikian menjadikannya seorang insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T dan RasulNya serta sentiasa bersyukur dan berhati-hati di dalam sebarang tindak-tanduk. Keimanan dan ketakwaan di dalam diri menjadi benteng dan jati diri yang kukuh daripada melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan integriti. Hatta bagi mereka yang bukan Muslim sekalipun, setiap agama dianuti tidak pernah membenarkan penganutnya melakukan perkara yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan atau di luar peradaban manusia.
Tidak keterlaluan mengatakan bahawa integriti sebenarnya boleh dicari malah dicapai melalui ketinggian integriti seseorang seiring dengan keimanan di jiwa menjadi tonik paling mujarab bagi membentengi kita daripada terjebak dengan perkara-perkara yang merugikan diri sendiri, agama, organisasi dan negara. Marilah kita sama-sama menanamkan azam dan sematkan tekad untuk menjadi manusia yang hanya ingin menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi Allah SWT ini kerana itulah antara kewajipan kita sebagai hamba-Nya.
Disunting : Mohamad Fauzi Husin
Kepada bahagian Integriti tolong siasat kes saya dengan segera supaya semuanya berjalan dengan la car kes saya sudah hampir bertahun2 tidak selesai tidak ada kata penghubung tidak ada siasatan mohon siasatan segera bantuan kepada saya sudah banyak kali laporan dibuat atas says malah an saya digunakan untuk tujuan Dan untuk pihak 2 yang tertentu rayuan segera dilaporkan bantuan segera Di no 19 persiaran tembok 4 Taman Seri Desa 30100 ipoh Perak Malaysia. Dan jugak Di no 21 kampung pagar ayer mukin tajar 06500 langgar alor setar kedah Malaysia. 901216025230 noor atikah binti puteh 01123668057
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat...
ReplyDeletedi manakah amanah dan kejujuran di kalanggan ahli kumpulan integriti di kala segelintir individu yang tidak jujur malah lakukan pengubalan dan penghapusan di dalam kumpulan intergriti. ade kah akan tinggal ayat atau nama sahaja dalam perkataan 'intergriti' terutama pdrm negeri semblan yang sarat dengan bukti aktivis tak wajar wujud di dunia integriti. 14/8/21 2241pm (di kala sejarah live peralihan kuasa kerajaan dan di takluk jenayah musuh dalam selimut)
ReplyDeleteThank you siap jugak presentation moral saya hahahahaahahahah
ReplyDelete